Bisnes Aiskrim

RM 60.00

PANDUAN JANA RM5K SEBULAN DENGAN BISNES AISKRIM

INFO

Buku : Panduan Jana RM5k Sebulan Dengan Bisnes Aiskrim
Penulis : Afiq Rusly
Terbitan : Klikjer Publishing
Terbit : Februari 2017
Format : PDF

Share this product

Description

TENTANG PENULIS

Nama saya Md Fadzirul Afiq bin Dato’ Rusly atau lebih dikenali sebagai Afiq Dato’ Rusly.

Untuk lebih mudah kan cerita, saya ni sebenarnya anak kepada Dato’ Hj. Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chef Li yang merupakan penulis buku Bestseller “Jutawan Senyap”. Mungkin anda dah kenal dengan ayah saya ni 🙂

Saya dilahirkan di Kuala Kubu Bharu, Selangor dan telah mula mengasah bakat dalam kulinari sejak menuntut di UiTM
Saya mempunyai kelulusan dalam Diploma Seni Kulinari serta Ijazah dalam bidang Gastronomy

Alhamdulillah, sepanjang penglibatan saya dalam bidang kulinari ini, saya telah berjaya melatih hampir 15,000 orang usahawan makanan melalui Kursus Masakan dan Memproses Makanan Chef Li.

Kursus masakan komersial ini telah diasaskan oleh bapa saya sendiri, Dato’ Hj. Rusly Abdullah.

Saya kini menumpukan sepenuh perhatian kepada pembangunan usahawan terutama usahawan muda untuk memulakan perniagaan.

Selain itu saya turut giat membantu bapa saya sendiri melatih usahawan di Pondok Industri Darul Tijary, iaitu pondok ala pesantren yang diasaskan oleh bapa saya untuk melatih pemuda-pemudi di dalam bidang perniagaan dan agama.

Kini saya mengorak langkah dengan memperkenalkan Teknik Masakan Komersil iaitu teknik masakan khusus untuk perniagaan. Teknik masakan ini mengamalkan teknik masakan yang cepat, tepat dan jimat

Begitulah serba-sedikit pengenalan mengenai diri saya serta pengalaman-pengalaman saya dalam bidang industri makanan dan masakan.

KANDUNGAN

Berikut adalah pengisian-pengisian yang terkandung dalam ebook ini serta manfaat yang bakal anda perolehi setelah anda habis membaca keseluruhannya …

Bahagian Pendahuluan.
Pada bahagian ini, saya akan cerita tentang potensi bisnes aiskrim ini dengan lebih jelas. Agar anda nampak yang model bisnes aiskrim ini memang boleh pergi jauh.

Bahagian ini juga penting, agar anda nampak hala tuju bisnes anda. Ia lebih kepada mindset mencari peluang.

Bab 1: Jom Bisnes Aiskrim

Dalam bab ini, saya akan ceritakan lebih terperinci tentang peluang bisnes aiskrim ni tanpa perlu tiru apa yang mat bangla, pakistan & Myanmar buat. Macam mana tu?

Dalam bab itu juga diterangkan 5 keajaiban bisnes aiskrim. Di mana kelebihan ini, jarang sekali ada pada produk lain. Anda akan garu kepala lepas tahu keajaiban ini. 🙂

Saya akan terangkan daripada segi margin keuntungan, modal permulaan & betul ke tak perlukan kemahiran yang tinggi? Hanya yang dah tahu akan tersenyum lebar. 🙂

Bab 2: Bagaimana Menjana RM5k Sebulan Dengan Bisnes Aiskrim Secara Part-time?

Sejujurnya inilah konten paling mahal dalam ebook ni. Dengan tahu rahsia bab ini, anda tak perlu tebal muka bunyikan loceng sambil tunggung motor.

Malu beb, kalau jiran nampak. Terserempak dengan anak sedara. Saya akan beritahu lubuk-nya yang sebenar dalam bab ini.

Dengan tahu lubuk ini, anda boleh ‘jual’ sebanyak 1000 kon aiskrim dalam masa 2-3 jam sahaja. Best betul kalau ada ilmu ni kan. Kerja sikit, tapi lumayan.

Bab 3: Apa Persiapan Memulakan Bisnes Aiskrim?

Lubuk dah tahu pun tak guna kalau tak tahu cara buat persiapan. Dah lah ais krim ni cepat cair.

Apa peralatan yang diperlukan? Sebelum proses? Semasa kerja operasi dijalankan? Bab ini kita perlu tahu agar kita tidak kelam-kabut nanti.
Semuanya ada saya ceritakan dalam bab ini. Ada gambar. Insyaallah, mudah faham.

Bab 4: Rahsia Pemprosesan Aiskrim

Apa resepinya? Apa bahan-bahan asasi yang diperlukan? Bagaimana nak buat ais krim di rumah anda sendiri? Bagaimana cara pemprosesannya?

Anda kena belajar ilmu ni, barulah jimat. Barulah boleh dapat margin tinggi. Kalau anda ambil dekat suplier, sebenarnya suplier yang untung banyak.
Jangan risau, dalam bab ini saya terangkan terperinci apa bahan masakan dalam bentuk gambar. Agar anda boleh beli sendiri di kedai runcit. Siap jenama brand saya beritahu.

Paling best dalam bab ni. Anda boleh buat aiskrim perisa anda sendiri. Yahooo…!

Bab 4.1: Carta Alir Pemprosesan Aiskrim

Dengan carta alir ni, ia memudahkan anda nampak apa yang perlu didahulukan. Apa yang perlu dikemudiankan.

Saya faham, bila anda baca ebook lain. Kadang-kadang anda pening, nak mula mana satu dulu ni?

Tapi jangan risau. Dalam ebook ini saya sediakan carta alirnya. Demi untuk memudahkan anda faham.

Bab 5: Info Asas Tentang Aiskrim

Dalam bab ini anda akan tahu ada berapa jenis aiskrim di Malaysia ni? Apa yang membezakan jenis-jenis aiskrim ni?

Kenapa aiskrim jenis A lebih murah berbanding jenis B? Kenapa aiskrim yang kita beli dekat supermarket cepat cair?

Aiskrim yang bagaimana yang dikatakan mesra-pengguna? Ada saya beritahu jawapannya. Agar anda tak kekok bila diajukan soalan ini satu hari nanti. 🙂

MAKLUMAN PENTING

Ini adalah merupakan sebuah eBOOK(electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bisnes Aiskrim”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thanks for your coming! Dismiss