Bisnes Home Tuition

RM 30.00

PANDUAN MEMULAKAN BISNES HOME TUITION

INFO

Buku : Bisnes Home Tuition
Penulis : Mohamad Izuan Jalil
Terbitan : Klikjer Publishing
Terbit : Disember 2018
Format : PDF

Share this product

Description

TENTANG PENULIS

Nama saya… Mohamad Izuan Jalil. Tapi ramai yang panggil saya Cikgu Izuan.
Saya telah mula menjalankan bisnes home tuition ini sejak tahun 2013, iaitu sebaik sahaja saya tamat STPM.

Waktu mula-mula start dulu, memang rasa kekok dan agak sukar juga sebab takde sebarang panduan dan guide. Saya main hentam sahaja! Saya bermula dengan hanya berbekalkan semangat ingin mengajar yang berkobar-kobar dalam diri. Maklumlah, cita-cita saya sebenarnya memang nak sangat jadi cikgu! Tapi disebabkan keputusan STPM yang kurang memberangsangkan! Maka, cita-cita tu tidak kesampaian..

Selepas sedikit kecewa dengan keputusan STPM dan asyik kena bebel dengan mak sebab takde kerja. Akhirnya, saya ambil keputusan untuk jadi cikgu juga! Iaitu cikgu tuisyen!….Ha! ha! ha!

 

KANDUNGAN

Ada 4 langkah utama yang telah saya susun di dalam ebook ini! Iaitu…
1. Stretagi Marketing
2. Strategi Deal
3. Preparation Untuk Mengajar
4. Tips & Trick Semasa Mengajar

Step 1 – Strategi Marketing

Macam yang katakan diatas, antara bahagian yang paling sukar dalam bisnes home tuition ini adalah pada bahagian mencari pelajar untuk diajar. Jadi, perkara ini saya letakkan pada step yang pertama, iaitu mencari pelanggan (pelajar).

Apa yang menariknya, dalam bab ini, saya ada tunjukkan 4 strategi ampuh untuk mendapatkan pelanggan.
Setiap setrategi saya tunjukkan secara details. Malah, saya siap bagi contoh template serta ayat-ayat yang saya gunakan di dalam bahan pemasaran saya untuk mencari pelajar.

Saya yakin, dengan melakukan 4 strategi ini, anda pasti akan dapat mencari pelajar yang ingin belajar tuisyen dengan anda!

Step 2 – Strategi Deal

Step pertama tadi, kita buat pemasaran untuk dapatkan call dan appointment dengan parents. Bila parents dah call, maka kita kenalah jumpa mereka supaya kita boleh buat deal yang menyatakan mereka bersetuju untuk mengambil kita sebagai guru tuisyen anak mereka.

Inilah part yang agak mendebarkan!

Apakah yang kita nak cakap bila bertemu parent-parent ni?
Apakah persediaan yang perlu kita lakukan?

Hah! Anda tidak perlu risau, dalam ebook ini saya dah senaraikan 6 perkara yang perlu anda bincangkan bila bertemu dengan pihak parent nanti.

Selesai sahaja anda bincangkan 6 perkara ini! InsyaAllah, pihak parent akan berasa teruja, gembira dan bersetuju untuk melantik anda menjadi guru tuisyen personal anak mereka!

Step 3 – Preparation Untuk Mengajar

Hah! Bila dah dapat deals (project), maka, kenalah bersedia untuk jalankan tugas! Jadi, anda perlu mula buat persiapan!… Persiapan apa?

Ada 7 perkara yang perlu anda persiapkan sebelum anda hadir ke sesi pertama mengajar pelajar anda di rumah mereka! Benda-benda ni semua kena setel dan ready awal-awal. Kalau boleh, semasa sesi mengajar nanti, semuanya dapat berjalan lancar. Lebih-lebih lagi pada sesi tuisyen yang pertama… ianya amat kritikal kerana, pada sesi inilah pihak parent akan membuat penilaian awal sama ada keputusan mereka mengambil anda sebagai guru tuisyen anak mereka itu berbaloi atau tidak?

Jadi, jangan kecewakan harapan serta kepercayaan parent yang mereka letakkan pada anda!.. 🙂

Step 4 – Tips & Trick Mengajar Awesome!

Sekarang, tibalah masanya untuk anda menjalankan tugas anda yang sebenar, iaitu mengajar pelajar! Bagi anda yang baru nak bermula dan tidak pernah ada pengalaman mengajar, memang kadang-kala rasa kekok untuk mengajar buat pertama kali!

Jadi, dalam bab ini, saya sharekan 8 Tips Mengajar yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan rasa kekok anda serta menjadikan sesi tuisyen anda sebuah sesi yang menyeronokkan bagi anda dan pelajar anda. Maklumlah, lain-lain pelajar, lain-lain dia punya ragam! Jadi, anda kena bijak untuk tangani ragam dan karenah mereka!

Itulah secara ringkas apa yang terdapat di dalam ebook ini!
Saya tulis ebook ini dengan bahasa yang santai, simple dan straight to the point!

Maklumlah… saya ni kan cikgu tuisyen! Cikgu tuisyen ni kan kalau nak mengajar, mesti kena guna teknik yang simple serta straight to the point! Barulah pelajar mudah nak faham! 🙂

 

MAKLUMAN PENTING

Ini adalah merupakan sebuah eBOOK(electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bisnes Home Tuition”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thanks for your coming! Dismiss